Tuesday 15 October 2013

Unit 5 : Peraturan & Undang-Undang Dalam Masyarakat

Di dalam sesebuah masyarakat mempunyai garis panduan untuk membimbing anggota masyarakat ataukomuniti ke arah kehidupan yg lebih baik. Oleh itu, norma komuniti, peraturan, dan undang-undang diadakan dalam masyarakat.

Contoh norma komuniti, peraturan, dan undang-undang
 - larangan terhadap pembunuhan.
 - perogolan.
 - penzinaan dalam keluarga.
 - segala bentuk jenayah yg menyalahi undang-undang negara.
 - peraturan sekolah
 - undang-undang pengawalan dadah seperti Akta Dadah Berbahaya 1952

 Peraturan merupakan segala yg ditentukan atau yg ditetapkan & mesti dipatuhi. Tujuan peraturan ini diadakan untuk mendidik individu yg berdisiplin & bertanggungjawab.

Kesan buruk yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak mematuhi norma masyarakat
 - negara menjadi mundur.
 - masyarakat tidak dihormati.
 - negara tidak aman.

 Akta-akta yang berkaitan dengan kesalahan kanak-kanak
 - Akta Mahkamah Juvenil 1947.
 - Akta kanak-kanak 2001

AKTIVITI 5A - Norma Komuniti

 Norma ialah peraturan dalam tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan. Norma komuniti pula ialah peraturan  yg telah menjadi ketentuan & kebiasaan dalam sesuatu masyarakat.

Norma turut mempengaruhi beberapa aspek
 - aspek kekeluargaan & kekerabatan.
 - amalan sehari-hari & tradisi.
 - pelajaran & keagamaan.
 - keprcayaan.

AKTIVITI 5B - Keselamatan Jalan Raya
 Di jalan raya juga, terdapat peraturan & undang-undang yg mesti dipatuhi agar keselamatan semasa di jalan  raya terjamin & terhindar daripada kemalangan.

Kepentingan mematuhi peraturan & undang-undang di jalan raya
 - keselamatan di jalan raya terjamin.
 - mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
 - mengelakkan kemalangan di jalan raya.

 Peraturan ini didakan untuk melahir pemandu yg berhemah. Pemandu yg dapat mematuhi peraturan jalan  raya.

Ciri-ciri pemandu yg berhemah
 - memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.
 - menggunakan tali pinggang keledar semasa memandu.
 - mematuhi lampu isyarat jalan.

AKTIVITI 5C - Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati

 Jenayah juvenil merupakan jenayah yg dilakukan oleh individu di bawah umur 18 tahun. Pesalah jenayah  juvenil mempunyai hukumannya yg tersendiri.

Contoh jenayah-jenayah juvenil
 - peras ugut.
 - jenayah seksual.
 - jenayah lumba haram.
 - jenayah buli.

 Kebiasaanya pesalah juvenil tidak dihantar ke penjara seperti pesalah dewasa. Oleh itu, beberapa undang-  undang digubal untuk menentukan hukuman atas kesalahan yg mereka lakukan.

Undang-undang yg digubal untuk jenayah juvenil
 - Akta Mahkamah Juvenil 1947.
 - Akta kanak-kanak 2001.

2 comments:

  1. Top Online Casinos | Casino Site - Choegocasino
    Find the febcasino best online casinos, Slots, and Live Dealer games at Choegocasino. 메리트카지노 We offer hundreds of casino games, and 카지노 live dealer games

    ReplyDelete
  2. The six best games to play on PC - ChoEomachine
    PC games to play on PC. This is your chance to become a PS5 Pro 더킹카지노 pro now. Choose from a variety of 온라인카지노 games from the top tier; online multiplayer and so much more.

    ReplyDelete