Tuesday 15 October 2013

Unit 4 : Kepekaan dan Tindakan terhadap Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat

 Hari semakin hari banyak masalah sosial yang berlku dalam kalangan masyarakat .Pelbagai faktor yang menyebabkan masalah sosial dalam masyarakat berlaku di negara kita.

 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam masyarakat
 - hubungan kekeluargaan yang semakin longgar.
 - faktor persekitaran.
 - pengaruh rakan sebaya.
 - lunturnya didikan agama.
 - ketidakprihatinan masyarakat sekeliling.

 Ini menyebabkan pelbagai masalah berlaku di dalam kalangan masyarakat mahupun negara.Pelbagai akibat  dapat berlakunya sekiranya masalah sosial ini tidak dibendung dgn lebih efisien

Akibat masalah sosial dalam masyarakat
 - dapat menghancurkan negara.
 - keamanan negara tergugat dan tidak stabil.
 - negara tidak dapat berkembang maju.

AKTIVITI 4A - Dadah : Cegah Sebelum Parah

 Penyalahgunaan merupakan antara masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ketagihan dadah  mengundang pelbagai risiko kepada penagih. kebanyakan penagih dadah merupakan golongan remaja.

Sebab-sebab remaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah
 - pengaruh rakan sebaya.
 - tekanan hidup daripada sekeliling.
 - kurang didikan agama. 

 Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk menyelesaikan & menangani masalah sosial ini sebelum    terlambat.

 Langkah yang dapat diambil
 - mengadakan kempen anti-dadah serta bulan anti-dadah.
 - menyedarkan rakyat tentang keburukan dadah kepada negara.
 - memberkas orang yg mengedar dadah.
 - masyarakat membimbing penagih agar tidak mengambilnya.


AKTIVITI 4B - Bersama-sama Memerangi Dadah

 Pelbagai tanda dapat dilihat pada penagih dadah. Pada awalnya tiada tanda yang dapat dilihat pada penagih.  ini yang menyukarkan pihak-pihak tertentu untuk membantu penagih ini.

Tanda-tanda Penagihan Dadah
 - kemerosotan kehadiran dalam kelas.
 - kemerosotan prestasi pekerjaan atau pelajaran.
 - cepat naik marah.
 - sering mengasingkan diri daripada masyarakat.


AKTIVITI 4C - Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual

 Jenayah seksual banyak berlaku disebabkan oleh pergaulan bebas yang semakin teruk di dalam masyarakat.

Masalah-masalah sosial yang berkaitan dengan pergaulan bebas
 - hubungan seks bebas.
 - berpelisiran tanpa batas.
 - anak luar nikah.
 - kes pembuangan bayi.
 - penularan penyakit HIV dan AIDS

  Pergaulan bebas berlaku berpunca daripada pelbagai faktor.

 Faktor yang menyebabkan pergaulan bebas
 - kurangnya kawalan & bimbingan oleh ibu bapa
 - menganggap pergaulan bebas merupakan norma-norma masyarakat.
 - pengaruh budaya barat yg mengamalkan pergaulan bebas.

AKTIVITI 4D - Penderaan

 Kes-kes penderaan juga semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara mangsa  penderaan terdiri daripada golongan kanak-kanak & wanita.

Bentuk-bentuk penderaan
 - penderaan fizikal.
 - penderaan emosi.
 - penderaan seksual.

 Penderaan ini dapat memberi kesan negatif kepada mental fizikal mangsa.

Kesan-kesan penderaan kepada mangsa
 - mangsa menerima trauma.
 - hilang keyakinan diri.
 - berputus asa untuk hidup.

AKTIVITI 4E - Vandalisme

 Dalam kalangan remaja terdapat juga masalah vandalisme atau kegiatan merosakkan harta milik awam yg  tidak berkesudahan.

Faktor-faktor berlakunya vandalisme
 - ingin berseronok.
 - tidak memiliki kesedaran untuk menjaga harta benda awam dgn sebaik yg mungkin.
 - mendapatkan wang seperti merosakkan pondok telefon awam.

 Sekiranya masalah ini tidak ditangani dgn pantas ini bolaeh menyebabkan pelbagai masalah kepada negara & masyarakat.

 Akibat jika masalah vandalisme tidak dibendung dengan segera
 - menyusahkan masyarakat untuk menggunakannya.
 - kerajaan terpaksa mengeluarkan berpuluh-puluh ribu untuk membaikinya.

 Peranan yang perlu dimainkan dalam menangani masalah vandalisme
 - menasihati pelaku vandalisme agar tidak merosakkan harta benda awam.
 - menyedarkan masyarakat tentang pentingnya memelihara &menjaga harta benda awam.

AKTIVITI 4F - Gengsterisme

 Gengsterisme juga semakin menular dan menjadi-jadi di dalam kalangan masyarakat di negara kita. Mereka  yg terlibat dlm gengsterisme sanggup memukul dan mencederakan orang.

Faktor-faktor berkaitan dengan kes gensterisme
 - kurang didikan agama.
 - ibu bapa tidak mengendahkan anak.
 - tiada bimbingan daripada ibu bapa.

 Sekiranya masalah gengsterisme ini tidak dibendung dgn pantas pelbagai kesan buruk berlaku kepada  masyarakat dan negara.

Kesan gensterisme
 - negara tidak akan aman.
 - masyarakat menjadi mundur.
 - dipandang rendah oleh masyarakat.

AKTIVITI 4G - Penyalahgunaan Teknologi

 Peningkatan Teknologi Maklumat & Komunikasi membawa banyak faedah tetapi ia turut membawa  pelbagai masalah negatif kepada masyarakat.

Akibat penyalahgunaan teknologi
 - pelajar melayari laman web lucah.
 - penyebaran fitnah & maklumat yg tidak sahih.
 - menjadikan maruah seseorang.

 Oleh itu, penyalahgunaan teknologi perlu dibendung bagi negara untuk terus maju.

Cadangan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi
 - kerajaan mematikan laman web yg lucah & menyebarkan fitnah.
 - ibu bapa memantau anak-anak.
 - masyarakat jangan terpengaruh dengan fitnah yg disebarkan.

2 comments:

  1. The good place to start is to have a bet with a good bookie
    The 구미 출장샵 best sports 의왕 출장마사지 betting sites When you place a bet 양주 출장마사지 on football, the bookies set a maximum bet. In most 공주 출장안마 cases, they 구리 출장마사지 will have an equal amount

    ReplyDelete
  2. 1xbet » Free Bet, Bonus, Deposit & Review | Dec 2021
    What is 1xbet? apr casino — 1xbet is a casino that offers a https://jancasino.com/review/merit-casino/ selection of online https://octcasino.com/ casino games, such as slots, https://deccasino.com/review/merit-casino/ roulette, and poker. 1xbet login There are

    ReplyDelete